KHIDMAT AQIQAH, QURBAN & INFAQ
Kami mudahkan keperluan Ummah
‘Online mudah, lagi murah’
PROGRAM INFAK QURBAN & AQIQAH
Diriwayatkan oleh Ibn Masoud, Ibn Abbas dan beberapa orang para sahabat:
دِيْنَارٌ اَنْفَقْتَهُ فِىسَبِيْلِ اللهِ وَدِيْنَارٌ اَنْفَقْتَهُ فِى رَقَبَةٍ وَدِيْنَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِيْنٍ وَدِيْنَارٌ اَنْفَقْتَهُ عَلَى اَهْلِكَ اَعْظَمُ اَجْرًا اَلَّذِى اَنْفَقَتْهُ عَلَى اَهْلِكَ
"Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, yang paling besar pahalanya yang diinfakkan kepada keluarga engkau". (Hadis Riwayat Muslim)
BORANG TEMPAHAN
Buat semakan & Sahkan Tempahan untuk terima resit
PEMBAYARAN ONLINE
Pembayaran yang dilakukan adalah 100% selamat dan dilindungi.
SEMBELIHAN
Anda akan terima video & gambar penyembelihan sebagai bukti (12-24 Jam dari Hari Pilihan) Melalui Whatsapp
PENERIMAAN SIJIL
Terima sijil ukiran kayu dan sijil Digital.
Program Infak ⤵
Syarat Kambing Aqiqah
Doa Aqiqah Shahih Saat Menyembelih:
بسم الله والله أكبر اللهم لك وإليك هذه عقيقة فلان
“
Bismillahi wallahu akbar, Allahumma laka wa ilaika hadzihi ‘aqiiqotu fulaan”
(HR. Baihaqi)
Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar. Ya Allah, ini milik-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah Aqiqah si Fulan (Nama anak yang diaqiqahkan)
"Jom Gandakan Pahala dengan Berinfak Bersama Sahabat Aqiqah"
Pertanyaan Umum Korban-Aqiqah
Apakah pertanyaan umum mengenai Korban- Aqiqah yang sering ditanya?
1) Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Aqiqah Dan Apakah Hukumnya?
Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
2) Adakah saya wajib berakad aqiqah secara lisan dan bertemu muka?
Tidak Wajib kerana akad dalam urusan jual beli hukumnya sunat. Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmta membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut.
3) Apakah Perbezaan Antara Ibadah Aqiqah Dan Ibadah Qurban?
Ibadah Aqiqah adalah ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Adapun Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sahaja.
Selain itu, hukum antara kedua-duanya juga turut berbeza yang mana para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum ibadah Qurban ini. Majoriti ulama mengatakan bahawa ibadah Qurban adalah WAJIB berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Kauthar, yang bermaksud: “Maka solatlah kamu dan laksanakanlah Qurban”– Ayat 2. Hukum wajib itu adalah berdasarkan kepada lafaz ‘arahan/ perintah/ suruhan’ yang digunakan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala di dalam ayat ini.
Adapun hukum ibadah Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut (bawah sedikit dari hukum wajib).
Wallahu a’lam.
4) Bolehkan seorang bapa/ ibu melaksanakan aqiqah untuk anak luar nikah?
Boleh, malah digalakkan kerana anak tersebut tidak berdosa atas kesalahan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya.